Sunday, 11 February 2018

PEMBANGKANG KECEWA DIVIDEN KWSP TINGGI

Apa sahaja kebaikan atau kejayaan kerajaan pastinya dinafikan oleh pembangkang. Sebabnya, kerja pembangkang di Malaysia adalah membangkang dan menghasut membenci kerajaan.

Tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan pengisytiharan kadar pulangan dividen yang tinggi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam sebagai ‘gula-gula’ kerajaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mencerminkan kerendahan mentaliti pihak pembangkang.

Tuduhan seperti itu berlaku akibat sebaran dakyah pembangkang melalui media sosial yang kini hanya menumpukan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan tuduhan-tuduhan tidak benar terhadap kerajaan.

KWSP mengisytiharkan dividen 6.9 peratus bagi simpanan konvensional dan 6.4 peratus bagi simpanan syariah bagi 2017. Untuk rekod, dividen bagi simpanan konvensional 2016 adalah 5.7 peratus.

Peningkatan ketara dividen sebanyak 1.2 peratus tentu sekali membuatkan pembangkang serba salah dan perlu memperlihatkan peningkatan itu bukan kejayaan sebenar, tetapi gula-gula PRU14.

Kejayaan itu membuktikan dakwaan bahawa ekonomi negara bermasalah dan hampir munflis adalah tidak benar.

Tambahan pula selama ini pembangkang selalu mencanangkan bahawa KWSP 'hilang' wang 'dirompak' oleh kerajaan. Pencarunm dikatakan akan hilang wang persaraan mereka jika BN terus memerintah negara.

Peningkatan ketara dividen KWSP membuktikan keberkesanan strategi kerajaan dan KWSP dalam mengukuhkan pelaburannya. Peningkatan kadar dividen itu adalah durian runtuh kepada lebih 14 juta pencarum di negara ini.

Ternyata pengumuman dividen itu adalah kejutan manis kepada pencarum kerana ia adalah kadar tertinggi sejak tahun 1997 dan 1998.

Kadar dividen itu juga lebih tinggi daripada paras inflasi negara, menandakan simpanan pencarum terpelihara daripada 'hakisan' inflasi.

Keadaan ini tidak berlaku jika negara benar-benar mengalami masalah ekonomi. Ternyata dakwaan pembangkang mengatakan negara bakal muflis adalah fitnah samata-mata.

No comments:

Post a Comment