Sejak tahun
2012, pada setiap hari Sabtu ketiga bulan Februari, National Geography telah
mengisytiharkan sebagai sambutan Hari Tenggiling Sedunia.
Tenggiling
pun ada Hari Tenggiling Sedunia. Tentu sekali National Geography ada alasan tersendiri
mengapa memilih satu hari untuk diperingatkan sebagai Hari Tenggiling Sedunia.
Seperti
hari-hari sempena habitat atau haiwan liar lain, sambutan Hari Tenggiling
Sedunia ini adalah bertujuan untuk kempen kesedaran awam bagi pemuliharaan
haiwan liar berkenaan.
Dalam
usaha kempen kesedaran ini kombinasi seni, literasi, sains dan sosial
didedahkan kepada masyarakat umum agar maklumat pemuliharaan tenggiling ini
sampai kepada masyarakat seluruh dunia.
Berbagai-bagai
aktiviti diadakan seperti melukis, mewarna, bercerita, seminar saintifik
tentang tenggiling dan menerangkan kenapa ia perlu dipulihara.
Tenggiling
seperti hidupan lain semakin terancam. Habitat mereka dirosakkan oleh proses pembangunan
dan kerakusan manusia mengeksplotasi sumber alam.
Paling ketara
sekarang ini tenggiling menjadi buruan peniaga tenggiling yang merentasi sempadan
antara bangsa. Permintaan terhadap tenggiling sebagai makanan eskotik amat tinggi.
Permintaan
tinggi untuk makanan dan perubatan tradisional ini menyebabkan populasi
tenggiling ini berkurang dengan cepat di Asia dan spesies lain umumnya di
Afrika.
Walaupun
kajian saintifik tidak menunjukkan ada nilai perubatan namun permintaan sisik
tenggiling masih tinggi.
Tenggiling
ini adalah antara haiwan yang banyak ditangkap dan diseludup dengan aktifnya
kerana manusia suka memakan daging dan menggunakan sisiknya.
Selain
untuk rawatan seperti yang dinyatakan, tenggiling juga dikaitkan dengan
penyakit sendi dan asma atau lelah.
Permintaan
tinggi terhadap daging haiwan eksotik terutama oleh pembeli di China, Vietnam
dan Laos menyebabkan tenggiling semakin kerap diseludup ke negara berkenaan.
Harga
tenggiling boleh mencapai RM1,400 sekilogram di restoran Vietnam berbanding
RM88 untuk pemburu dan antara RM180 hingga RM1.060 untuk penyeludup.
No comments:
Post a Comment