Hafizal terima tugas sebagai Panglima 13 Briged. Brigedier
Jeneral Ahmad Hafizal bin Hashim secara rasmi menerima tugas sebagai Panglima
13 Briged yang baharu daripada Brigedier Jeneral Datuk Jagjit Singh Indar Singh.
Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 13 Briged penuh
tradisi ketenteraan itu berlansung di Padang Kawad Kem Kubota, Batalion Ke-7
Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Tawau pada 13 Oktober 2026.
Perbarisan melibatkan seramai 420 anggota tentera yang
terdiri daripada 15 pegawai dan 405 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang
diketuai oleh Lt Kol Peter Dunggi.
Hadir sama menyaksikan perbarisan tersebut ialah Panglima 5
Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Jaafar.
Hafizal merupakan Panglima 13 Briged keempat, selepas
formasi tersebut ditubuhkan pada 2017. .
Hafizal sebelum ini adalah Ketua Pengarah Perancang
Strategik, Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian Perancangan Pertahanan,
Markas ATM (MK ATM-BPP).
Beliau mengangkat sumpah taat setia sebagai pegawai tentera
pada 1 Mei 1993, melalui Skim Pegawai Graduan, dan ditauliahkan pangkat
leftenan dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Menjalani latihan orentasi di Batalion Kedua Puluh Lima
Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) selama empat bulan dan kemudiannya
mengikuti Kursus Pegawai Graduan Siri 11/1993 di Maktab Tentera Diraja, Kem
Sungai Besi.
Pada perbarisan tamat latihan, beliau diiystiharkan sebagai
Penuntut Keseluruhan Terbaik.
Gambar - Hafizal
(kanan) menerima tongkat kuasa daripada Jagjit (kiri) disaksikan Shamshor
(tengah) pada majlis serah terima tugas

