Friday, 28 August 2020

BAHAYA CECAIR KEJU KEPADA KESIHATAN

Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju semakin menjadi-jadi. Banyak makanan kini akan disiram dengan cecair keju sebagai daya penarik dan meningkatkan ‘value’ sesuatu produk makanan yang dipasarkan.

Oleh kerana mengikut trend semasa, segala makanan akan disiram dengan cecair keju yang tinggi lemak, garam dan gula ini! Bayangkan, etok salai juga ada yang jenis perisa keju.

Persoalannya adakah cecair keju ini benar benar mengandungi keju?

Senarai kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan cecair keju ini terbukti ia sebenarnya merupakan bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa, garam, gula dan maltodextrin.

Mungkin anda telah tahu apa kesan makanan tinggi gula dan garam kepada kesihatan. 

Bahan tambahan yang banyak digunakan ini merupakan bahan makanan proses yang berfungsi sebagai “pemekat” dan menambah jumlah makanan proses.

Apa yang membimbangkan, bahan ini mengandungi glycemic index yang cukup tinggi. Maknanya, selepas anda makan bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.

Makanan seperti ini ternyata tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. Bagi individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan.

Lihatlah kanak-kanak yang begitu menggemar cecair keju ini, badannya gemuk dan obese. Kanak-kanak obese ini tidak cergas, cepat lesu dan tidak aktif. Perkembangan minda mereka juga turut terganggangu.

Tidak salah makan cecair keju, tetapi jangan dalam kuantiti yang banyak atau terlalu kerap. Apa-apa pun jenis makanan, jika diambil secara berlebihan akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan. 

Ubah budaya terlalu gemarkan cecair keju yang ternyata mendatangkan bahaya kepada kesihatan. 

No comments:

Post a Comment