Di Kelantan terdapat banyak kedai menjual nasi kukus. Nasi kukus
ialah nasi yang dimasak secara kukus menggunakan kukusan.
Beras dimasukkan ke dalam bekas kecil yang cukup-cukup untuk satu
bungkus nasi apabila masak nanti.
Kuantiti beras dan air dimasukkan ke dalam bekas kecil itu sama
banyak. Kemudian ia diletakkan di dalam kukusan yang biasanya ada beberapa
tingkat atau lapis. Jadi, ia boleh dimasuk dengan kuantiti banyak dalam
satu-satu masa.
Masa
memasak biasanya kira-kira 30 minit. Jika menggunakan api besar, masanya lebih
singkat.
Kelebihan
nasi kukus ialah ia tidak berkerak biarpun dipanaskan lama.
No comments:
Post a Comment