PKP
tidak membenarkan rakyat ke sana dan ke sini. Walaupun pada sambutan
Aidilfitri, ziarah tidak dibenarkan. Larangan bertujuan mengelak penyebaran
Covid-19. Kita jaga kita.
Walaupun tidak dibenarkan ziarah Aidilfitri, tidak pula dilarang sepenuhnya untuk keluar rumah. Boleh sahaja berada di laman rumah. Bagi mereka yang ada ruang kosong atau kebun, bolehlah diadakan aktiviti bercucuk tanam.
Gambar ini adalah hasil salah seorang penduduk yang bercucuk tanam pada PKP 2.0 dahulu. Sudah dapat hasilnya. Biarpun tidak banyak, cukuplah untuk keperluan keluarga.
Kalau yang ditanam PKP 2.0 dapat hasilnya pada PKP 3.0, maka marilah menanam pada PKP 3.0 ini agar mendapat hasilnya pada PKP 4.0 nanti.
No comments:
Post a Comment