
Seorang pemuda berusia 20 tahun dari
Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia menjadi tular kerana menikah
dua wanita sekaligus. Namun, kedua-dua isteri lelaki bernama Korik Akbar itu ialah janda muda.
Menurut Korik, dia terlebih dahulu bercinta dengan
Khusnul Hotimah, 20, sejak 2011 dan mula menjalin hubungan dengan Yun
Nitanuri, 21, pada 2016 selepas wanita itu bercerai.
Apabila Khusnul menyedari Korik mempunyai kekasih
gelap, dia bertindak berkahwin dengan calon pilihan ibu bapanya.
Baru-baru ini, apabila menyedari Korik bakal
menikahi Yun, Khusnul datang ke majlis perkahwinan lengkap berpakaian pengantin
dan minta untuk dimadukan.
Pengantin perempuan kedua dipercayai telah
diceraikan selepas suaminya diambil orang. Lalu apabila mendengar mantan
kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.
No comments:
Post a Comment