Sunday 11 July 2021

Ketua Penerangan PPBM puji menteri dari UMNO

Terima kasih kepada Ketua Penerangan PPBM kerana memuji menteri-menteri UMNO yang kerja kuat.

Memang pun perkara itu diakui rakyat. Menteri yang banyak berfungsi, terutama dalam berdepan dengan pandemik Covid-19 adalah menteri dari UMNO.

Menteri dari PPBM nampak hilang fungsi. Biarpun ada dua menteri kanan dari PPBM, tetapi tidak menyerlah kedudukan kekananan tersebut.

Malah ada menteri kanan dari PPBM yang setiap kali muncul di media maya akan terus menjadi sasaran kutukan warga maya.

Harap semua menteri dapat berfungsi dengan cemerlang demi rakyat dan negara. Kalau tidak mampu melakukan yang terbaik, elok sahaja pada PRU15 nanti tidak lagi menjadi calon pilihan raya atau tidak perlu lagi bercita-cita ingin menjadi menteri.

No comments:

Post a Comment