Penyakit
gout peringkat kronik boleh menyebabkan kandungan asid urik dalam badan yang
berlebihan akan mengeras di dalam tisu dan sendi. Sebab itu, bahagian badan
akan terasa seperti membeku dan kejang. Keadaan itu boleh menyebabkan
pengaliran darah terhalang dan fungsi anggota badan terganggu.
Pengumpulan
kristal asid urik yang dikenal pasti sebagai punca utama penyakit gout ini juga
boleh berlaku dalam buah pinggang.
Keadaan ini akan menyebabkan fungsi buah pinggang menurun dan antara lain boleh
menyebabkan pembentukan batu batu karang di dalam ginjal. Namun begitu, ia lebih
kerap melanda sendi terutama pada ibu jari kaki.
Menurut
satu kajian yang meneliti individu yang mengidap gout dan satu lagi kumpulan
yang mengalami kerosakan buah pinggang, 8.6% pesakit yang mempunyai masalah
buah pinggang pernah mengalami penyakit gout. Manakala 13% daripada ujian
terhadap mereka yang mengidap penyakit gout juga pernah mempunyai penyakit buah
pinggang.
Gejala
penyakit buah pinggan ialah sakit pada bahagian pinggang sebelah kanan dan
kencing berdarah, kemungkinan besar adalah masalah batu karang ginjal.
Bagaimanapun, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran
batu karang ginjal.
Antara
pemeriksaan yang perlu dijalani ialah ujian air kencing. Ini penting untuk
memastikan kehadiran kristal dalam air kencing. Selain itu, perlu diperhatikan
juga bacaan pH air kencing.
Ini kerana apabila air kencing anda berasid (iaitu kadar bacaan pH kurang dari
tujuh), ini boleh menggalak pengumpulan kristal asid urik dalam buah pinggang.
Lakukan
ujian ultra sound pada buah pinggang. Pemeriksaan ini bertujuan mengesahkan
kehadiran dan saiz batu karang. Ini juga bagi melihat sama ada wujud komplikasi
seperti penyumbatan dan jangkitan kuman.
Pemeriksaan ultrasound penting untuk diagnosis kerana batu karang asid urik
tidak dapat dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini kerana ia adalah dari jenis
radiolucent.
Jangan
pandang mudah soal penyakit gout. Penyakit itu biasanya mula menyerang lelaki
umur melebihi 40an atau wanita yang telah monopos. Antara cara terbaik
pencegahan penyakit gout ialah minum banyak air kosong.
Elakkan
mengambil makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi. Ini kerana makanan
jenis ini akan meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Contoh makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi ialah organ dalaman
seperti hati, paru-paru dan otak.
Jika
mengambil daging merah seperti kambing, lembu perlu diambil mengikut jumlah
sederhana, hasil laut seperti kerang, ikan bilis, ikan sardin, kepah dan ikan
salmon juga mempunyai kandungan purine yang tinggi. Semua makanan ini perlu
diambil secara sederhana.
Sebenarnya
langkah pencegahan terbaik ialah dengan bersederhana. Ia bukan saja baik untuk
mengatasi gout, bahkan hampir kepada semua jenis penyakit. Makan berlebaihan
adalah punca kepada banyak penyakit. Jadi, ambil langkah bijak dengan mengamalkan
pemakanan sihat.
No comments:
Post a Comment