Wednesday, 25 December 2024

AROMATERAPI RAWATAN MELALUI BAU

 
Aromaterapi adalah rawatan melalui bau yang menggunakan beberapa titisan minyak pati tumbuhan. Ia boleh dilakukan sama ada dengan cara tisu dibasahkan dengan minyak pati tumbuhan, urutan di badan, dimasukkan ke dalam wap air panas untuk dihidu wapnya atau dititis dalam tab atau air mandian untuk mendapatkan keharumannya.
 
Aromaterapi istilah yang digunakan dalam satu cabang perubatan herba bermaksud bau-bauan dan rawatan. Seni perawatan diri ini menggunakan sari minyak murni yang dapat membangkitkan semangat, menyegar dan menenangkan fikiran.
 
Kebelakangan ini, kaedah ini semakin digemari baik di kalangan wanita mahupun lelaki terutama bagi mereka yang mengalami tekanan di tempat kerja.
 
Aromaterapi berfungsi pada asasnya melalui deria bau. Menghidu adalah kaedah terbaik bagi mendapatkan kesan maksima manfaat dari minyak pati ekstrak tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan aromaterapi ini.
 
Aromaterapi menggunakan bahan volatil tumbuh-tumbuhan atau hasil sulingan ekstrak tubuh-tumbuhan yang beraroma.  Ia dapat merubah mood seseorang, fungsi kognatif atau merangsang kesihatan, keseimbangan dan kesejahteraan hidup.
 
Apabila seseorang menghidu wangian, molikul pati minyak akan menyebabkan isyarat dihantar ke otak, yang kemudian bertindak balas yang boleh memberi kesan kepada bahagian lain tubuh. Tindak balas itu boleh memberi kesan emosi dan psikologi positif. 
 
Penggunaan yang berterusan dapat membantu membunuh bakteria yang berada di dalam badan, serta boleh merangsang sel dan organ bandan agar lebih bersedia untuk mengatasi serangan bakteria. Dua asas mekanisma keberkesanannya adalah pengaruh aroma terhadap otak dan kesan terus farmakologi. 
 
Sejarah mencatatkan bahawa penggunaan essential oil telah bermula ribuan tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan penggunannnya di tempat persemadian Tutankhamun, di Mesir. 

Juga digunakan sejak lebih tahun 2700 Sebelum Masihi seperti tercatat dalam The Classic Yellow Emperor's Book og Internal Medicine Cina bagi merawat masalah selsema, haid dan cirit birit. 
 
Penggunaan essential juga dicatatkan dalam bukan kesusasteraan India, The Reg Veda. 

Manakala tokoh ilmuan Islam, Ibnu Sina juga pernah menggunakan kaedah aromaterapi dalam bidang perubatan.
 
Secara saintifiknya rawatan aromaterapi boleh meningkatkan kualiti kesihatan manusia kerana ia menggunakan pati organik semula jadi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan.
 
Rawatan aromaterapi menggunakan minyak pati tumbuhan tertentu boleh menjadikan seseorang individu awet muda dan melambatkan proses penuaan di samping memberi kesan positif pada emosi dan psikologi.
 
Keberkesanan rawatan aromaterapi turut diakui oleh golongan doktor dan ahli terapi alternatif yang menggunakan sari minyak murni ini sebagai antiseptik dan antibakteria.
 
Mesej mengenai bau yang sampai terus ke otak mempunyai pertalian rapat dengan emosi. Rangsangan ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan dan ketegangan yang dialami. 

Aroma yang dikeluarkan oleh herba-herba memberi daya tarikan yang kuat kepada emosi, minda dan tubuh badan.

Terdapat pelbagai jenis dan kegunaan minyak murni. Antaranya ialah kayu cendana, serai, bunga cengkih, limau dan lavender. Tidak ketinggalan bunga-bungaan seperti mawar, melur dan jasmin yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
 
Kayu cendana misalnya, digunakan untuk merawat infeksi saluran kencing dan alat kelamin, mengubati luka dan mengatasi masalah melelapkan mata. Manakala, serai dan halia yang sering digunakan dalam masakan mempunyai peranan tersendiri.

Dapatkan minyak aromaterapi    
 
Di Shopee
https://s.shopee.com.my/1VtBlJOnMY?

No comments:

Post a Comment