Monday, 20 January 2025

BERGURU BIAR DENGAN ORANG LEBIH PANDAI

 
Kata orang tua-tua, berguru biar dengan orang yang lebih pandai dari kita, kemudian timbang-timbangkanlah, jangan diambil bulat-bulat, mungkin ada sesuatu yang sesuai untuk disesuaikan dengan masa sekarang.
 
Dalam menempuh ranjau kehidupan, kita perlukan kepada sesuatu anjakan paradigma, kita tidak boleh sentiasa berada di ruang yang biasa kita lakukan, atau sekadar terikut-ikut apa yang orang lain lakukan.
 
Bersedialah untuk menempuh cabaran baharu dengan pendekatan baharu tanpa mensisikan pengalaman orang lama. Orang lama telah menempuh perjalanan dan mengutip pengalaman yang banyak sepanjang detik yang berlalu.
 
Atas manifestasi itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu, Wan Salmiah Wan Ab Ghani turun “berguru” dengan bekas Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kota Bharu, Mokhtar Idris di kediamannya.
 
Mokhtar yang lebih 10 tahun menjadi pengerusi tetap merupakan ikon yang wajar ditemui untuk diceduk ilmu politik daripadanya. Seorang yang tenang dan matang setiap kali mengendalikan mesyuarat perwakilan mahupun hal-hal lain yang bersangkutan dengan politik.

No comments:

Post a Comment