Adat cukur jambul. Dalam masyarakat di Malaysia, ketika melakukan cukur jambul, melakukan amalan seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga. Amalan itu menyerupai budaya Hindu.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan
disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air
tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok
siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit
air sejuk.
Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak di
sekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil.
Sambil para hadirin berselawat dan berzanji, bayi didukung
oleh bapa atau datuknya kemudian hadirin bergilir-gilir menggunting sedikit
rambut bayi.
Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam
kelapa.
Akhirnya kelapa tersebut ditanam di sekitar halaman rumah
bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu
dilahirkan.
Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan
yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan
setelah bayi berusia beberapa bulan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama". (Hadis riwayat Ahmad).

No comments:
Post a Comment