Punca umat Islam hilang kekuatan. Apabila umat Islam asyik
bergaduh dan berdebat sesama sendiri, maka kekuatan sebenar dimiliki umat Islam
semakin berkurangan, memberi kelebihan kepada musuh Islam untuk merencanakan
kesan yang lebih buruk akibat sikap tersebut.
Tidak sekadar itu, musuh-musuh Islam sentiasa cuba ke hadapan dalam menanam
kehendak mereka dalam pemikiran umat Islam melibatkan pelbagai disiplin ilmu
yang wujud di dunia ini. Penjajahan pemikiran juga berlaku dalam bidang
ekonomi, sosial, ilmu sains dan bidang-bidang lain.
Dalam konteks ekonomi, musuh Islam memperkenalkan kapitalisme sebagai 'pemain'
yang mewakili mereka untuk mempengaruhi minda manusia. Sistem yang mendokong
orentasi ekonomi riba yang jelas ditolak oleh ideologi Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW.
Dalam bab sosial pula, musuh Islam mewujudkan pelbagai seni pemikiran yang
menjauhkan manusia dari manhaj Rabbani untuk didokong oleh umat
Islam. Kebebasan melampau ditaja dan dijenamakan atas kalimah hak asasi
manusia sedang hak Allah SWT sebagai Rabbul a'lamin dinafikan.
Musuh-musuh Islam menyedari bahawa Islam tidak mungkin dapat dilumpuhkan
melalui serangan fizikal iaitu melalui peperangan. Maka, mereka mengubah
strategi mereka dengan menghantar askar-askar halus meresap dan menyerang umat
Islam dengan pemuda menjadi sasaran utama.
Misi mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada fahaman Islam yang
sebenar selain merekrut 'askar-askar' baru dari kalangan umat Islam
sendiri untuk dijadikan boneka kepada propaganda yang sedang mereka rencanakan.
Hasilnya hari ini, boneka musuh-musuh Islam ini ada di setiap pelusuk dunia
bahkan mereka juga turut berorganisasi dan gerakan mereka bersistematik.
Seluruh umat Islam perlu kukuh dan mantap dengan tassawuf Islam yang mampat
serta fikrah yang jelas sebagai benteng diri berdepan serangan pemikiran yang
dilancarkan golongan laknatullah ini.
Firman Allah SWT: "Jangan sekali-kali engkau
(wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam
negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu
hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat
kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat
ketetapan." (Surah Ali Imran, ayat 196-197).
Allah SWT berfirman dalam surat At-Taubah yang
bermaksud: “Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut
mereka, sedang Allah tidak mahu selain menyempurnakan cahayaNya, sekalipun
orang-orang kafir itu benci akan hal itu.”(Surah At-Taubah, ayat 32).
Gambar sekadar hiasan.

No comments:
Post a Comment