Melihat kapal terbang dekat atas kepala. Kapal
terbang mendarat dan berlepas ada 'seni' yang menarik banyak orang terpesona melihatnya.
Paling menarik adalah melihat kapal terbang berskala besar seperti A380, kapal terbang
penumpang terbesar di dunia.
Salah
satu lokasi paling sesuai untuk melihat kapal terbang mendarat ialah di hujung landasan
terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Koordinat 2.709848, 101.720504
Aktiviti
melihat kapal terbang mendarat memang menarik dilakukan seisi keluarga. Kalau berhasrat
untuk duduk lama di situ, elok bawa tikar atau alas duduk agar lebih santai, terutama
untuk anak-anak kecil.
Waktu
paling banyak landing biasanya lepas asar, cuaca waktu ni cantik, tak silau
cahaya matahari. Setiap 3 minit ada kapal turun.
Boleh muat turun app FlightStat untuk mengetahui kapal apa yang akan mendarat. Kalau
bernasib baik dapat tengok A380, kapal terbang penumpang terbesar di dunia.
A380 terbang rapat atas kepala.
No comments:
Post a Comment