Cara
berdakwah amat luas. Apa sahaja usaha mengajak melakukan kebaikan dan menjauhkan
perkara buruk adalah dakwah.
Kauseling
juga sebahagian daripada dakwah. Kauseling adalah nasihat dan perbincangan
membincangan sesatu perkara untuk mencari kebaikan dan mencegah perkara
buruk.
Guru
diajar mengenai teknik kauseling bagi membantu pelajar. Pendekatan
kauseling amat berkesan bukan saja membantu pelajar yang bermasalah, bahkan
sesiapa saja boleh mendapatkan khidmat kauseling untuk mencari sesatu
penyelesai ke arah kebaikan.
Melalui
kauseling, guru dapat menyampai perkara baik dan berusaha menghalang perkara
buruk. Inilah yang dikatakan sebahagian daripada dakwah. Maka itu, guru
perlu mempraktikkan kaedah kauseling ini untuk melakukan dakwah kepada
pelajar.
Paling
ketara sekarang ini ialah perlunya guru memberi kauseling kepada pelajar yang
mempunyai masalah disiplin dan moral. Golongan ini jika tidak dibimbing ke
arah jalan yang benar akan menjadi virus kepada pelajar lain. Mereka akan
mempengaruhi pelajar lain agar turut melakukan perbuatan buruk itu.
Tugas
kauseling ini bukan saja tanggungjawab guru kauseling, bahkan perlu dilakukan
oleh semua guru. Setiap guru perlu mengambil tanggungjawab ini sebagai
pendakwah yang sentiasa memantau pergerakan pelajar dan bersedia memberi
kauseling atau nasihat secara langsung kepada setiap pelajarnya. Dalam kes yang
sukar untuk diselesaikan dan memerlukan kepakaran khusus, baru kes itu dirujuk
kepada guru kauseling.
Slogan
kepimpinan melalui tauladan adalah tepat untuk diamalkan dalam tugas dakwah.
Kita sedia maklum, dalam tugas dakwah Rasulullah SAW, antara faktor kejayaan
ialah kepimpinan yang ditunjukkan oleh baginda.
Kepimpinan
yang baik mampu membawa organsasi atau orang yang dipimpin melakukan seperti
yang ditetapkan atau diharapkan. Jadi, guru sebagai insan yang mulia dan
dihormati tentu sekali akan sentiasa didengari dan dipatuhi apa yang
diucapkan.
Di
sini guru memainkan peranan kepimpinan yang penting untuk mengajak orang lain
lain melakukan perkara baik dan menjauhkan perkara merugikan. Inilah
salah satu kaedah dakwah yang kerap kali dilupai sehingga orang tidak
menganggap pemimpin sebagai pendakwah.
Manakala
pemimpin sendiri tidak merasakan dirinya sebagai pendakwah. Aspek ini perlu
diperkasakan sebagai salah satu kaedah dakwah yang boleh diamalkan oleh
guru. Guru adalah pemimpin kepada murid. Maka guru juga adalah pendakwah.
No comments:
Post a Comment