Penyakit
kencing manis atau diabetis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan
telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek).
Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap
kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC.
Pakar
perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua
kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes
yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus
dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut.

Bukti
kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada
tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan
hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar
pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun
penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis
yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best
menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah.
Kencing
manis atau diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda
adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat
sakit jantung atau angin ahmar. Kencing manis berlaku apabila pankreas dalam
badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan
insulin sendiri dengan berkesan.
Makanan
yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan
digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana
ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila
kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras
gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan
glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang
didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Bagaimana nak tahu sama ada kita ni ada kencing manis atau tak? Salah satunya ialah dengan mencurahkan air kencing sendiri ke tanah. Kemudian tunggu dan lihat ada tak semut yang mendekati kawasan tersebut. Jika ada, berkemungkinan kita menghidapinya.
Selain itu, terdapat beberapa tanda awal kencing manis iaitu;
-
Berat badan turun secara mendadak
- Jika mengalami luka, ia lambat sembuh
- Kerap membuang air kecil
- Kerap rasa lapar dan dahaga
- Mengalami lemah otot
- Mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan
- Mudah letih atau asyik letih memanjang
- Nafas berbau manis
- Penglihatan menjadi semakin kabur

Luka
sukar sembuh. Apa jenis ubat pun jika salur darah ke kaki telah tersumbat maka
ubat tersebut tidak dapat ke luka di kaki. Toksik tidak dapat di keluarkan
kerana salur darah telah tersumbat.
Kencing
manis merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis
komplikasi seperti kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti
badan yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk,
stroke, buta dan lain-lain..
Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting. Tanda-tanda awal seseorang menghidapi kencing manis ialah kerap dahaga, kerap kencing, menjadi kurus, sentiasa letih, gatal-gatal badan dan sering terjadi bisul.
Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan segera. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah.

Kurangkan
minum minuman bergas. Darah tidak dapat di bekalkan ke ibu jari kerana salur
darah tersumbat. Darah membawa zat-zat makanan ke ibu jari.Bekalan zat-zat
tidak dapat di bekalkan kerana salur darah telah tersumbat. Luka sukar sembuh
kerana salur darah telah tersumbat.
Apabila salur darah ke kaki telah tersumbat. Darah tidak dapat mengalir. Kaki tidak dapat bekalan darah. Sel-sel di kaki akan mati. Sel-sel baru tidak dapat membiak. Kaki akan wujud tompok-tompok hitam. Kaki mula kebas.

Seseorang
yang mengidap kencing manis perlu menjaga makanan dan minuman. Pemakanan yang
seimbang disamping disiplin kepada jadual pengambilan ubat sangat perlu.
Tapi
apa berlaku bila pesakit tidak menjaga makan, mengambil makan yang berlebihan
minyak, lemak, berkolestrol dan tinggi gula menyumbang kepada kepekatan darah
dan seterusnya berlakunya sumbatan dalam saluran darah.
Perkara yang teruk sekali ialah dengan sikit demi sedikit kesan penyumbatan akan menyebabkan sel sel dalam organ mati dan secara perlahan lahan organ pesakit kencing akan rosak.
Perkara yang teruk sekali ialah dengan sikit demi sedikit kesan penyumbatan akan menyebabkan sel sel dalam organ mati dan secara perlahan lahan organ pesakit kencing akan rosak.
Pada
hal mereka makan ubat setiap hari tapi menjurus kepada kerosakan organ utama
bila ubat tidak dapat membantu kerana darah yang membawa zat zat ubat tidak
dapat sampai ke distinasi kepada sel sel dalam organ kerana banyak laluan
tersumbat.
Otak, paru-paru, jantung, hati, buah pinggang adalah antara organ paling penting dalam tubuh manusia. Dalam organ organ utama ini juga mempunya kapilari saluran darah. setiap organ-organ ini perlukan makanan, zat zat dan oksigen.

Yang
membawa zat makanan dan oksigen adalah darah. Segala ubat yang kita ambil perlu
sampai tapi jika darah kita terlalu pekat dan saluran darah kita banyak yang
tersumbat, apa yang akan berlaku?
Ramai pesakit kencing yang kronik meninggal dunia akibat punca dari kerosakkan organ utama. Salah satu punca utama kerosakan organ adalah kerana banyak saluran darah tersumbat dalam organ tersebut.
Ramai pesakit kencing yang kronik meninggal dunia akibat punca dari kerosakkan organ utama. Salah satu punca utama kerosakan organ adalah kerana banyak saluran darah tersumbat dalam organ tersebut.
No comments:
Post a Comment