Susu
boleh didefinisikan sebagai cecair yang berkhasiat dihasillkan oleh kelenjar
mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru
lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain.
Ia
juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yogurt, aiskrim dan
keju serta susu tepung. Selain mampu diperoleh daripada mamalia betina, susu
yang paling mudah untuk kita kenali adalah susu ibu sendiri, yang diberikan
kepada bayi melalui penyusuan badan, sama ada secara langsung atau boleh
diperah untuk diberikan kemudian.
Susu
yang sangat popular dan mudah untuk didapati di mana-mana sekarang adalah susu
lembu. Pelbagai produk tenusu yang anda boleh lihat di pasar raya atau
kedai-kedai seperti susu tepung, susu pekat dan juga susu segar.
Susu
lembu adalah rendah kandungan gula dan tinggi protein, berbanding susu ibu. Susu
lembu juga mengandungi 3.5-6.5% lemak susu, 4%-8.5% pepejal dan 88% komposisi
berbentuk air. Protein utamanya adalah kasein dalam sekitar 80%, dan bakinya
adalah protein whey.
Satu
lagi jenis susu yang terdapat di pasaran ialah susu kambing. Kita mengetahui
bahawa susu kambing pada awalnya sering dianggap berbau hamis dan kurang enak.
Tetapi, seiring dengan perkembangan zaman, susu kambing telah melalui proses
pembuatan berteknologi tinggi untuk menghasilkan susu dalam bentuk serbuk yang
bebas bau hamis dan ditambah perisa enak untuk dinikmati oleh semua lapisan
umur.
Khasiat
susu kambing:
-
Disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu.
-
Tinggi kalsium untuk pembentukan dan menguatkan tulang dan gigi.
-
Kaya protein, enzim dan vitamin A untuk kesihatan.
-
Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit.
-
Menguatkan sistem imunisasi paru-paru.
-
Bersifat anti-athritis.
-
Mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
No comments:
Post a Comment