Perbualan antara doktor dengan pesakit menghadapi gangguan mental.
Doktor:
“Bagaimana awak boleh jadi gila?”
Pesakit:
“Beberapa tahun lalu saya menikah dengan seorang janda. Dia ada seorang anak
perempuan berumur 20 tahun. Abah saya seorang duda. Tiba-tiba menikahi anak
tiri saya. Jadi anak tiri saya dah jadi ibu tiri saya. Abah saya pula jadi
menantu saya.
“Kemudian, dua tahun lepas tu isteri saya beranak. Dia ialah adik kepada ibu tiri saya. Anak
saya panggil saya abah tapi kadang-kadang dia panggil saya pakcik.
“Beberapa
tahun kemudian, abah saya dan anak tiri saya yang juga ibu tiri saya pula dapat
seorang anak.
“Dia
ialah adik tiri saya, tapi dia panggil saya atuk.
“Jadi
saya ni suami kepada isteri saya, isteri saya nenek adik saya, sebab dia ibu
kepada anak tiri saya.
“Jadi…
adakah saya ni atuk kepada adik saya sendiri?
“Setiap
hari fikir pasal ni. Sedar-sedar saya dah gila, doktor”.
Doktor:
“Saya pun boleh jadi gila kalau macam ni...huhuu..”
Gambar hiasan: Putik buah durian belanda.
No comments:
Post a Comment