Kalau dapat panggilan telefon seperti ini mesti anda panik kan? Jika betul- betul dari Pejabat Kesihatan Daerah atau CPRC Negeri, tak mengapa. Tapi hati-hati dengan scammer yang menunggang isu COVID19.
"Tuan dan keluarga perlu menjalani ujian COVID19 dalam masa 72 jam dari sekarang. Kami akan hantar satu set ujian ke alamat Tuan. Bayaran RM150 akan di caj untuk ujian ini."
"Boleh Tuan sebutkan NOMBOR KAD KREDIT DAN TIGA NOMBOR AKHIR DI BELAKANG KAD?"
JANGAN DEDAHKAN nombor kad kredit.
Ini bukanlah SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kakitangan KKM takkan telefon untuk minta maklumat kad kredit.
Ya, pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah atau CPRC Negeri akan hubungi jika ada keperluan "contact tracing". Tapi panduan dan temujanji akan diberikan untuk saringan dibuat di fasiliti kesihatan yang berkenaan.
Jika anda terima panggilan yang minta maklumat untuk urusan pembayaran, jangan berikan sebarang maklumat. Dapatkan maklumat dari pemanggil seperti nama dan institusi pemanggil. Rekodkan nombor telefon pemanggil dan saya cadangkan buat laporan polis.
Zaman sekarang, scammer akan gunakan keresahan dan panik masyarakat untuk membuat penipuan dan mengaut keuntungan. Percayalah, apabila maklumat kad kredit dicuri, bukan RM150 sahaja yang hilang, mesti sampai "max out" had kredit terus.
No comments:
Post a Comment