Monday, 18 January 2021

LADA CENGEK RASA PALING PEDAS

Jika ke pasar menjual sayur, satu jenis sayur yang pasti ada djual ialah cili. Tidak kisahlah cili jenis apa. Asalkan cili, ia mendapat sambutan atau ada pembelinya.

Cili atau dipanggil lada memang banyak jenis. Kalau di Kelantan, ada sejenis lada yang dipanggil lada cengek. 

Dinamakan laga cengek kerana ketika makan buah lada tersebut akan terangkat atau terjungkit mulut atau bibir menahan rasa pedas. Cengek adalah dialek Kelantan yang bermaksud ‘ternaik’

Lada cengek adalah lada burung atau juga dikenali cili padi. Biarpun kecil tetapi menjadi.

Lada cengek adalah jenis lada kecil. Ia ada banyak jenis. Yang paling pedas adalah lada cengek kampung. Buahnya paling kecil jika berbanding buah lada cengek yang lain.

Kalau tergigit sebiji lada cengek memang boleh terangkatlah. Boleh keluar air mata menahan pedasnya.

No comments:

Post a Comment