Filipina menegaskan bahawa mereka akan terus berusaha menuntut Sabah dan akan melakukan kajian terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut.
Kerajaan Filipina menegaskan adalah mustahil untuk menamatkan tuntutan itu
kerana perkara itu akan mengundang rasa tidak senang rakyatnya.
Filipina telah menjalankan kajian mengenai tuntutan itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah isu yang paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara Filipina.
Isu tuntutan Sabah ini sangat luas kerana melibatkan sejarah. Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Kemasukan kedua-dua negari itu hasil keputusan tinjauan Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan cadangan penubuhan Malaysia. Majoriti rakyat di kedua-dua negeri itu memilih untuk merdeka bersama-sama Malaysia yang mana sebelum penyertaan itu dikenali Malaya.
Turut bersama-sama Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia ialah Singapura. Namun, Singapura kemudian keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Filipina mengekalkan tuntutan wilayah di timur Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara dengan menyatakan penjanjian yang ditandatangani pada tahun 1878 antara Sultan Sulu dan Borneo Utara adalah pajakan semata-mata.
Malaysia mentafsirkan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahkan dan merasakan rakyat di Sabah telah menentukan nasib mereka dengan menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963.
Sejarah tuntutan Filipina terhadap Sabah bermula pada Jun 1962 apabila wujud perancangan untuk memasukkan Sabah menjadi sebahagian Persekutuan Malaya (pada waktu itu).
Kerajaan Filipina telah membuat tuntutan ke atas Sabah bagi pihak waris Kesultanan Sulu. Filipina pada masa itu mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan bukannya dijual sepertimana termeterinya perjanjian antara Sultan Sulu dengan Baron Von Overback dan Alfred Dent pada tahun 1874, dan pajakan itu telah dibatalkan pada tahun 1958.
Kerajaan British sememangnya mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah, namun enggan melayan tuntutan itu.
Oleh yang demikian, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berunding pada Febuari 1963 namun gagal mencapai kata putus kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Hubungan dua hala Malaysia dan Filipina pada ketika itu tegang.
Berdasarkan fakta sejarah dan bukti-bukti yang lain, Kesultanan Sulu dikatakan
sudah tidak wujud lagi lama dahulu sekaligus menjadi faktor yang menolak
tuntutan Jamalul Kiram III ke atas Sabah.
Berakhirnya legasi Kesultanan Sulu, semasa Sultan Sulu ketika itu Jamalul Kiram
II menandatangani Protokol Madrid pada 1885 yang mengesahkan semua wilayah,
kedaulatan, dan kuasa Kesultanan Sulu kepada Sepanyol dan menyerahkan
kedaulatan Sabah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBC).
Protokol Madrid itu kemudiannya diiktiraf sah oleh Mahkamah Keadilan
Antarabangsa pada tahun 2003.
22 Januari 1878 satu penjanjian telah ditandangani oleh Sultan Sulu kepada
Overback dan Dent setelah mendapat tahu bahawa Sultan Sulu juga mempunyai hak
ke atas Sabah setelah dimaklumkan oleh Pemangku Gabenor Labuan dan Konsul Agung
Borneo ketika itu iaitu, William Hood Treacher.
Di dalam perjanjian itu, Sultan Sulu bersetuju menyerahkan kesemua tanah dan “hak pertuanan” meliputi kawasan dari sungai Sibuku hingga ke Sungai Padasan di Sabah kepada syarikat Overback dan Dent.
Pajakan yang dipersetujui oleh Sultan Sulu itu merupakan penyerahan kekal sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian “selagi ada bintang dan cakerawala”.
Di dalam perjanjian antara Sultan Sulu dengan BNBC pada 1878 pula, waris-waris
Sultan Sulu telah menerima bayaran ‘cession’ sehingga ke hari ini, yang membawa
maksud waris-waris Sultan Sulu mengakui Sabah telah diserah (ceded), dan
bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
Kesultanan Sulu kemudiannya menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat
pada 22 Mac 1915 iaitu Perjanjian Carpenter di mana Sultan Sulu menyerahkan
sepenuhnya kuasanya ke atas wilayah-wilayah serta “kedaulatannya” kepada
AS.
Maka dengan kedua-dua penjanjian itu, sudah jelaslah Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sebagai sebuah negara, mahupun sebuah kerajaan, tetapi hanya tinggal sebagai institusi beraja tanpa kekuasaan.
Isu pajakan Sabah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara ini telah dibawa dua
kali ke mahkamah, dan tahun 1939 adalah yang pertama. Keputusan Hakim Mahkamah
Seksyen Borneo Utara memutuskan BNBC untuk terus membayar kepada waris-waris
Kesultanan Sulu.
Setelah Sabah menyertai Malaysia dan merdeka, pihak kerajaan telah meneruskan bayaran pajakan itu kepada Sembilan waris Kesultanan Sulu, setelah mengambil alih pemerintahan daripada pihak British.
Status Kesultanan Sulu sebagai sebuah kerajaan terus hilang ekoran Kesultanan
Sulu telah menyerahkan wilayah-wilayah serta kedaulatannya kepada Filipina
diikuti tindakan kerajaan Filipina berhenti mengiktiraf Sultan Sulu selepas
kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Oleh yang demikian, tuntutan Jamalul Kiram III dianggap tidak sah memandangkan
Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sebagai sebuah negara dan kerajaan, serta
sudah hilang kedaulatan dan kekuasaannya kerana telah menyerahkan
wilayah-wilayah serta kedaulatannya kepada Sepanyol, Amerika Syarikat dan
Filipina.
Tambahan pula, perjanjian pajakan itu di antara Kesultanan Sulu dengan BNBC dan bukannya antara waris Kesultanan Sulu dengan BNBC. Malahan Jamalul Kiram III tidak diiktiraf sebagai Sultan Sulu oleh mana-mana kerajaan, termasuk kerajaan Filipina dan juga waris-waris yang lain.
No comments:
Post a Comment