Individu
yang disahkan positif COVID-19 dan mempunyai rekod penyakit tidak berjangkit
(NCD) berdepan risiko komplikasi kesihatan yang lebih dahsyat sekiranya tidak
mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Hasil siasatan Jawatankuasa Khas Audit Kematian COVID-19 mendapati individu yang mempunyai rekod NCD seperti obesiti atau masalah kegemukan, berdepan risiko komplikasi jangkitan kuman berlipat kali ganda berbanding sekadar radang paru-paru seperti dialami pesakit COVID-19 lain.
Siapa yang ada NCD ini, mereka kena datang lebih awal untuk mendapatkan rawatan kerana kita kenal pasti ia antara punca yang mencetuskan komplikasi kesihatan lebih dahsyat.
Bukan sekadar radang paru-paru, malah kepekatan darah mereka meningkat, dinding salur darah rosak dan berisiko mencetuskan penyakit jantung atau strok, bergantung kepada di mana pembekuan darah itu berlaku.
Virus ini sangat dahsyat. Ia boleh menjangkiti orang muda, khususnya orang muda yang obes. Mereka yang berlebihan berat badan perlu berhati-hati.
No comments:
Post a Comment