Terdapat
beberapa peruntukan undang-undang berkaitan mengambil pekerja, melindungi dan
membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI).
a. Seksyen 55B. Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah.
Hukuman:
i.
Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak
lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.
ii.
Pada masa yang sama mengambil pekerja lebih dari 5 orang dikenakan penjara
tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih
6 sebatan.
b. Seksyen 56(1)(d)
Dengan
sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah
melanggar peruntukan Akta.
Hukuman:
Denda
tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5
orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun
dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.
c. Seksyen 55E Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.
Hukuman:
Denda
tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12
bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan
kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya
sekali.
No comments:
Post a Comment