Masalah
laluan air tersekat kerap berlaku ketika hari hujan. Akibat itu boleh
menyebabkan banjir kilat. Jika ia berlaku di lebuh raya atau jalan raya, boleh
mengakibatkan laluan terhalang dan berlaku kemalangan.
Kejadian lalaun air tersekat memerlukan tindakan segera pihak berkuasa tempatan atau yang tertanggungjawab mengurusakan bangunan, tempat atau kawasan berkenaan.
Namun, disebabkan ia kejadian tidak dijangka dan berlaku cepat, tindakan perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mampu melakukan sesuatu yang melancarkan laluan air dan mengelak keadaan lebih terusk.
Contoh tindakan prihatin dan bertanggungjawab itu ini dilakukan salah seorang pengguna lebuh raya yang berhenti untuk membuang sampah sarap yang menyebabkan laluan air tersekat daripada memasuki longkang yang sepatutnya.
Tindakan pantas beliau dapat mengelak keadaan limpahan air menjadi semakin teruk dan sekaligus dapat mengelak paras air lebih tinggi di lebuh raya berkenaan.
Ia sekaligus dapat mengelak berlaku kemalangan akibat masalah air melimpah itu.
Nampak mudah, tetapi tidak banyak orang melakukannya. Jika amalan mulia ini dapat diterapkan dalam setiap diri rakyat Malaysia, pasti kehidupan lebih baik dan selesa.
Tahniah dan terima kasih kepada insan yang berhati mulia itu.
No comments:
Post a Comment