Wednesday, 9 June 2021

DHL PUSARA PEMBEKAL BATU NISAN

Din Hj Lah Pusara atau lebih dikenali dengan DHL Pusara merupakan satu perusahaan membuat dan membekal batu nisan dan belindan/kapok di sekitar Pantai Timur.

Perusahaan ini adalah perusahaan turun temurun bermula dari Hj Abdullah sekitar tahun 90an dan dikembangkan oleh anaknya Tajuddin Abdullah. Kini perusahaan diteruskan lagi oleh cucu beliau Shukri Tajuddin.

DHL Pusara akan terus bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat terutamanya di Pantai Timur untuk memudahkan masyarakat mendapatkan “tanda” dan menziarahi pusara ahli keluarga atau kenalan rapat yang telah meninggal dunia. 

Batu nisan dan belindan (panggilan di Pantai Timur)/Kepok (nama panggilan di Pantai Barat) adalah suatu penanda di kubur atau pusara. Di setiap batu nisan dan kapok itu akan ditulis dengan nama, tarikh lahir dan tarikh kematian si mati.

Tujuan diletakkan batu nisan dan belindan:
- Dijadikan sebagai penanda lokasi kubur si mati
- Ditulis nama sebagai tujuan mengenal pusara si mati
- Supaya tidak dilangkah dan dipijak sesuka hati
- Supaya tidak digali oleh binatang buas
- Memudahkan ahli keluarga/waris menziarahi pusara si mati
- Sebagai khidmat terakhir kepada waris untuk si mati

DHL Pusara telah beroperasi lebih 30 tahun dengan kepakaran dalam menghasilkan belindan dan batu nisan yang bermutu tinggi.

Anda pasti sangat berpuas hati dengan hasil setiap batu nisan dan belindan dari DHL Pusara.

DHL Pusara mempunyai tenaga kerja yang mahir dalam menghasilkan batu nisan dan belindan yang bermutu tinggi. 

Kerja pemasangan belindan juga dilakukan dengan cermat untuk mengelakkan belindan pecah / rosak. DHL memastikan yang terbaik dalam setiap hasil kerja.

DHL Pusara menawarkan batu nisan pelbagai jenis batu iaitu konkrit, granit dan juga marmar. 

Anda boleh hubungi kami untuk dapatkan harga terbaik bagi setiap tempahan belindan dan batu nisan di DHL Pusara. Datanglah ke cawangan kami untuk lihat koleksi yang ada.

Untuk mengetahui lokasi, boleh membuat carian di internet. Taip sahaja ‘DHL Pusara’, anda akan mendapat maklumat mengenainya. 

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Terima kasih kerana memuat naik post berkaitan syarikat ayah saya. Bagaimana saya boleh berhubung dengan pemilik blog ini untuk tujuan bisnes?

    ReplyDelete