Nanas (Ananas
comosus) merupakan sejenis buah yang penting di Malaysia kerana ia mampu
dalam memberikan pendapatan agak lumayan berbanding dengan beberapa jenis
komoditi tanaman lain.
Tanaman nanas yang dipercayai berasal daripada bahagian Timur Amerika Selatan ini dibawa masuk oleh penjajah Portugis ke Malaysia pada abad ke 16 dan merupakan tanaman buah tropika yang sesuai dimajukan di Malaysia.
Dalam sejarah, Malaysia merupakan sebuah negara utama di dalam industri nanas dunia di mana pernah menjadi pengeksport nanas kaleng (nanas dalam tin) yang tersohot dahulu.
Beberapa negara lain yang juga terlibat dalam industri nanas dunia seperti Filipina, Indonesia, Thailand, Hawaii, Ivory Coast, Costa Rica, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan.
Di Johor tanaman nanas banyak ditumpukan di atas tanah gambut di mana kini negeri Johor merupakan penyumbang utaman sektor tanaman nanas sebnyak 68% daripada keluasan seluruh negara.
Di Malaysia sebanyak 11 varieti nanas telah pun didaftarkan dengan Jabatan Pertanian iaitu Daftar Varieti Tanaman. Antara nanas yang paling luas ditanam masa kini di Malaysia adalah nanas josapine, nanas MD2, nanas N36 dan juga Nanas Moris.
Nanas MD2 yang merupakan nanas premium telah dikenalpasti sebagai varieti nanas yang sangat popular masa kini dengan mendapat galakan penanaman oleh LPNM untuk pasaran domestik dan eksport.
Nanas MD2 juga telah ditanam oleh pekebun kecil, usahawan swasta serta beberapa buah estet yang disasarkan untuk pasaran eksport terutama ke China, Timur Tengah, Korea, Singapura dan beberapa negara lain.
Nanas madu kaca (AC11) merupakan varieti nanas yang baharu didaftarkan di Malaysia untuk kegunaan segar dan juga dijadikan produk proses lain. Bagaimana pun nanas ini kini hanya popular dan luas ditanam di Kelantan seperti di Rantau Panjang, Tanah Merah dan beberapa tempat lain dengan kaedah penanaman sebagai tanaman intergrasi dengan getah atau kelapa sawit.
No comments:
Post a Comment