Monday, 30 August 2021

CARA TANAM POKOK KELADI HIASAN

Pokok keladi hiasan mendapat permintaan tinggi. Banyak yang berminat menanam pokok keladi hiasan di rumah masing-masing.

Memandangkan permintaan tinggi dari seluruh negaa, maka banyak yang menjualnya secara dalam talian, termasuk di platform e-dagang.  

Amat malang apabila pembeli mendapat pokok keladi hiasan tidak seperti diharapkan. Ada yang menerima benih pokok keladi hiasan seperti di gambar. Tentu sekali banyak yang kecewa.

Namun, jangan bimbang. Benih seperti di gambar itu sebenar masih boleh ditanam. Apa yang penting, anak benih itu masih ‘basah’ dan ada bahagian ubi.

Sediakan tapak semaian sama ada dalam pasu atau polibag. Timbus bahagian ubi kira-kira satu dua cm. Kemudian siram. Letak di tempat redup atau teduh.

Siram setiap hari. Kalau hari panas, elok disiram dua kali sehari. Insya-Allah seminggu kemudian ia akan mula keluar tunas baharu. Bagi yang sudah ada bahagian daun, ia akan terus membesar dan mengeluarkan pelepah daun baharu.

Pokok keladi sesuai ditanam atau diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari terus pada pokok. Pancaran matahari yang terik boleh menyebabkan daun keladi mudah lecur jika terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan.

Disebabkan pokok keladi ni sangat sensitif kepada kepanasan dan cahaya matahari yang terus, ia memerlukan siraman yang kerap dan juga baja yang mencukupi.

Pastikan tanah sentiasa lembap. Dalam masa yang sama pastikan air tidak bertakung dan tanah tidak kering.

Sebaiknya siram 2 kali sehari jika cuaca panas. Boleh gunakan baja kimia untuk pertumbuhan daun yang lebat. Pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.

Pokok keladi hiasan akan nampak lebih cantik ditanam dalam pasu. Jika dibiarkan tanam atas tanah dia akan hidup bersepah dan tak tersusun. Susah juga nak uruskan penjagaan pokok keladi tu nanti.

No comments:

Post a Comment