Sebelum
kita tebar pastikan adunan tepung dalam keadaan benar-benar bulat supaya
memudahkan pergerakkan tangan, terbuka sama rata dan tidak mudah koyak.
Sebelum
menebar, adunan mesti dileperkan dengan menggunakan minyak agar menjadi lebih
besar.
Untuk
memudahkan kerja meleper mestilah menggunakan tapak tangan. Semasa meleper perlu
pastikan adunan tepung mestilah bulat seperti piring dan sama tebal.
Tidak
bulat atau tidak sama tebal akan menyebabkan berlaku kesukaran semasa menebar.
Ia akan menjadi bujur atau memanjang semasa tangan menghayun untuk menebar.
Jangan
tebar dengan terlalu pantas. Jika adunan tepung berlipat, berhenti tebar, buka dan
perbetulkan keadaan yang berlipat dan kemudian baharu boleh menerus menebar.
Tebar
ikut kemampuan sendiri jangan paksa supaya adunan tepung terbuka secara
maksimum. Semasa belajar menebar apa yang penting cara kita pegang adunan tepung
dan pergerakkan tangan mestilah betul terlebih dahulu.
Bukan
terbuka besar yang menjadi ukuran tetapi pergerakkan tangan adalah lebih
penting.
Jika
semua pergerakkan tangan dan cara pegang dengan betul sempurna adunan tepung
akan terbuka dengan sendiri.
Adunan
tepung akan terbuka secara maksimum setelah kita mahir mengawal adunan tepung.
Ini memerlukan masa yang agak panjang dan latihan berterusan untuk mahir.
No comments:
Post a Comment