Thursday, 4 November 2021

BUNGA SEROJA CANTIK MENAWAN

 
Bunga seroja atau dengan nama latin Nelumbo nucifera memang sangat cantik dan dijadikan lambang suci dalam agama Buddha dan Hindu. Di negara terdapat banyak penganut agama Buddha, seperti Thailand, Myanmar, Vietnam, Laos, China dan Kamboja berpeluang, bunga seroja ditanam di lokasi strategik dan dihormati.

Bunga seroja adalah bunga kebangsaan negara India dan Vietnam.

Kajian menunjukkan bunga seroja berasal daripada Asia Tropika dan Queensland, Australia mengikut spesis dan kini menjadi satu industri landskap.

Bunga Seroja atau lotus merupakan tanaman air mempunyai akar pada tanah dalam kolam dan daunnya di permukaan air serta bunganya di atas air yang terang dengan pelbagai bentuk, corak, warna dan keunikan tersendiri.

Sebahagian besar varieti adalah daripada India sehingga menjadi lambang negara tersebut. Di Malaysia ia dikenali dengan nama seroja atau lotus sedangkan dalam bahasa Inggris selain disebut sebagai lotus juga dinamai Indian lotus, sacred lotus dan bean of India.

Seroja perlukan air dan tanah untuk hidup kerana dikelaskan sebagai 'aquatic plants' walaupun terdapat beberapa spesis yang boleh tumbuh di atas tanah tanpa air.

Ia mudah ditanam dan dijaga baik untuk menghasilkan bunga dan biji serta bahagian akar yang boleh dijadikan bahan makanan.

Antara ciri-ciri tumbuhan bunga seroja secara umum terdiri daripada bahagian akar, rizom, daun, batang dan bunga. Bahagian akar dan rizom seroja selalunya akan berada dalam lumpur tanah di dasar kolam.

Dari rizom ini muncul beberapa tangkai yang panjangnya hingga mencapai 1.5 meter yang menjalar. Terdapat tangkai rizom seperti berbentuk tabung dengan rongga di tengahnya semacam pelampung. Kemudian dari ujung tangkai inilah kemudian keluar daun yang muncul di atas permukaan air.

Daun seroja adalah berbentuk lingkaran seakan ia bergelombang di bahagian tepi dengan urat daun terkumpul di tengah-tengahnya serta permukaannya atas daun berlapiskan lilin.

Bahagian bunga seroja muncul di atas permukaan air dengan tangkai yang kukuh dan kuat membentuk jambak bunga. Bunganya amat menarik yang terang berwarna putih bersih, kuning atau merah jambu dengan ukuran diameter bunga sekitar 20 cm.

Tumbuhan seroja dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan untuk mencantikan landskap taman atau premis tertentu. Selalunya ia adalah tanaman penting sebagai penghias kolam di taman atau depan rumah.

Rizomnya memang boleh dimakan. Bahagian bijinya biasa dicampurkan dalam air laici kang, selain diproses menjadi tepung untuk dijadikan bahan makanan.

Seroja tumbuh dalam tali air

Buah seroja yang telah matang

Seroja tumbuh tegap di permukaan air

Buah seroja yang masih muda 

No comments:

Post a Comment