Mengikut
definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘sira’ yang digandingkan
dengan perkataan ‘gula’ menjadi sira gula membawa maksud gula yang dicairkan
untuk digaulkan pada kuih. Menyira adalah menggaulkan kuih dengan gula yang
telah dicairkan.
Di
Kelantan, antara jenis makanan yang disirakan ialah labu, pisang, keledek, ubi
kaya dan beberapa jenis makanan lain.
Perbezaan
definisi sira seperti diberikan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka dengan apa proses
menyira di Kelantan ialah bukannya menggaulkan kuih dengan gula yang telah
dicairkan, tetapi memasak sesuatu bahan dengan gula.
Dengan
cara memasak dimasukkan sejumlah gula yang banyak, gula akan meresap masuk di
dalam bahan asas yang disira itu. Ia juga akan mempengaruhi bentuk yang
terhasil.
Resipi
labu sira:
- Labu matang
-
Gula
- Garam
-
Daun pandan
-
Kapur
Cara
membuat:
- Labu dipotong memanjang dan dibuang kulit
-
Bersihkan dan direndam dengan air kapur seketika
-
Masukkan labu ke dalam periuk
-
Masukkan gula mengikut kemanisan yang disukai
-
Masukkan sedikit gula
-
Masukkan daun pandan
-
Masak dengan api yang perlahan
-
Masak sehingga labu sudah empuk dan air gula telah berkilat
-
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Ketika
memasak tidak perlu ditambah air. Labu akan mengeluarkan air sendiri, tetapi
jika nampak terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit air.
Ada
juga yang memasukkan kulit kayu manis untuk menimbulkan aroma.
No comments:
Post a Comment