Thursday 27 January 2022

RAGAM CAKAP ORANG POLITIK

 
Salah satu ragam cakap orang politik ialah lepas cakap asal untungkan diri sendiri dan parti yang diwakili. Tidak perlu fikirkan apa tindakan atau dicakapkan sebelum ini.

Ambil contoh, kenyataan Muhyiddin ketika memberi komen mengenai tindakan Mazlan Bujang, Ketua BERSATU Bahagian Tebrau mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Muhyiddin mempersoalkan di mana maruah Mazlan apabila keluar Bersatu. Kenyataan itu bermaksud Mazlan tidak bermaruah.

Kenyataan itu sebenarnya bersikap tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Selama ini, terutama selepas PRU14, PPBM paling banyak menerima ahli politik lompat parti. Jadi, PPBM adalah parti paling tidak bermaruah disebabkan menerima mereka yang tiada maruah.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, berkata keputusan beliau diambil selepas menilai dan menimbang perkara itu sejak sekian lama dengan pemikiran yang waras.

Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha BERSATU Bahagian dan 23 ketua cawangan, ahli jawatan kuasa serta pegawai bahagian Tebrau.

No comments:

Post a Comment