Friday 7 January 2022

KHASIAT GINGKO TINGKATKAN DAYA INGATAN

 
Gingko biloba atau ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan kaya khasiat perubatan. Daun gingko biloba telah diguna dalam perubatan tradisional Cina sejak beribu-ribu tahun lalu.

Dua unsur bermanfaat terdapat dalam gingko biloba ialah flavonoid dan terpenoid.

Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan yang cukup hebat. Kajian menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.

Terpenoid pula mampu memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.

Terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa gingko membantu meningkatkan ingatan dan pemikiran dalam kalangan orang muda dan pertengahan umur yang sihat.

Didapati gingko memberi kesan positif kepada memori dan pemikiran serta memudahkan pengidap alzheimer atau demensia melakukan tugas seharian.

Selain daripada itu, gingko sering ditambah ke dalam makanan, minuman ringan, dan air buah-buahan untuk meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan prestasi mental.

Kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. Analisa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko mampu untuk berjalan lebih jauh. 

Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga membantu mengurangkan masalah berkaitan retina mata. Pengambilan gingko memberi harapan baru bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan.

Kebaikan Gingko Biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser

Dapatkan gingko secara dalam talian. 
Klik pautan di bawah:

No comments:

Post a Comment