Wednesday, 23 February 2022

FB melakukan inovasi

 
Anda yang berbisnes dgn FB sebagai Kedai utama harus memantau perubahan perubahan yang dilakukan oleh FB kini. Ternyata Mr Mark mulai menyedari populasi market yang berada dalam pasarannya tidak lagi mampu memberi revenue terbaik untuk potensi masa depan bisnesnya.

Inovasi harus dilakukan untuk memagnetkan customer Gen millennium mahupun Gen Z. Inovasi ini harus dilakukan memandangkan gaya pasaran Gen M & Gen Z ini lebih kepada video.

Pada masa sama Mr Mark mulai menjangkakan populasi yang suka membaca akan pupus dalam masa 3 - 5 tahun lagi dan hal ini pasti menjadi hambatan kepada FB. Dengan kata lain, pasaran kini mulai berubah dengan follow trend sekarang Youtube & TikTok.

Dengan jangkaan tersebut, ternyata Mr. Mark mulai melakukan inovasi dengan memperkenalkan fungsi reel pada FB. kalau anda perasan menu untuk create reel dah mula muncul di wall dan stories rakan anda juga sudah muncul sebagai post.

Ternyata kini FB public figure yang mempunyai ratusan ribu follower, kini bila tengok post mereka recently hanya dapat beberapa like dan komen tak seperti tahun lepas yang dapat beribu like and komen. Post reach pada followers dah tak sampai 1%. Mr. Mark semakin menjadikan FB ads sebagai revenue streams utamanya.

Mr Mark dilihat makin mengurangi platform ini sebagai social platform.

Dari pemerhatian saya "ads" semakin mahal.

Apakah kerana terlalu ramai yang beriklan atau ada game @ strategi terbaru melalui reel?

Ternyata video content creation @ technical skil akan menjadi keperluan utama dalam marketing online masa hadapan.

Namun yang menariknya keperluan mempelajari software seperti adobe premier, sony vegas, filmora dan lain-lain mungkin sudah tidak diperlukan dalam marketing online kerana TikTok dan beberapa media sosial sudah menyediakan tools yang mudah untuk menyediakan dan edit video.

So apa yang saya ingin katakan pada semua sahabat yang membaca adalah sentiasa upgrade ilmu dan kemahiran untuk menyesuaikan inovasi dan perubahan kreatif yang dilakukan oleh Mr. Mark mahu pun owner media sosial lain.

Pasaran semakin dinamik dan berubah dengan cepat, maka untuk kekal relevan anda juga harus melakukan perubahan cepat. Do Better Be Better.

Nota: jika anda membaca post ini sehingga habis bermakna anda tergolong dalam populasi yang dijangkakan oleh Mr. Mark akan pupus dalam masa 3-5 tahun akan datang (hahaha - termasuk yang menulis ini juga jika kita tidak upgrade ilmu dan kemahiran kita)

Sumber:
FB Khairi Rahman
24 Feb 2022

No comments:

Post a Comment