Mati
itu pasti. Ketika menghembuskan nafas terakhir, sama ada di sisi kita ada orang
atau tidak, kita menuju ke alam barzakh tetap seorang diri. Bahkan, kalau mati
serentak pun, roh kita tidak ‘berjalan’ beriringan seperti hidup di dunia.
Namun,
itu bukan alasan untuk anak-anak tidak perlu berada dekat dengan ibu atau bapa
yang sedang sakit atau nazak. Berilah bakti terakhir sebelum maut menjemput
mereka.
Duduklah
di sebelah telinga kanan atau kiri ahli keluarga kita itu dan lafazkan kalimah
suci ‘Laailahaillallah’ dengan perlahan dan jelas. Ia adalah berdasarkan hadis
nabi yang bermaksud: Ajarkanlah kepada orang yang hampir mati dalam kalangan
kamu dengan ‘Laailahaillallah’ – (Hadis riwayat Muslim nombor 1524)
Amat
malang jika ada anak yang tidak peduli perkara ini. Bahkan ada yang ibu atau
bapa berminggu-minggu di hospital, tetapi anak tidak datang menjanguk.
Sehingga
segala urusan dan keperluan ibu atau bapa yang sakit tenat diuruskan oleh
doktor dan jururawat, atau ditolong oleh pesakit atau penjaga kepada pesakit
lain.
Mengapa
ada anak sanggup bersikap demikian? Salah bapa atau ibu kerana kurang memberi
didikan agama? Atau, anak yang sudah melupai pengorbanan ibu atau bapa
disebabkan sesuatu hal dalam hubungan kekeluargaan?
Wahai
anak.... jangan kamu menjadi anak durhaka dan lupa diri. Jika itu yang kamu
lakukan terhadap ibu atau bapa kamu, ada kemungkinan itulah pula akan dilakukan
oleh anak kamu terhadap kamu.
Dosa
melakukan durhaka dan perbuatan tidak perikemanusiaan terhadap ibu atau bapa akan
mendapat balasan di dunia lagi.
No comments:
Post a Comment