Sunday, 29 May 2022

SEMANGAT SUKARELA KEKAL MEMBARA

 
Sukarela bermakana membantu tanpa mengharapkan pulangan. Semangat sukarelawan perlu disemai kepada setiap individu agar dapat melahirkan masyarakat yang prihatin, berwaspada dan bertanggungjawab.

Lantaran itu, program sukarelawan perlu diperbanyakkan lagi agar negara menjadi lebih harmoni dan terbilang.

Memang pada awal melakukan tugas sukarelawan agak kekok dan tidak yakin sama ada melakukan secara berterusan atau sekadar satu dua program sahaja.

Berdasarkan pengalaman sukarelawan, banyak yang kemudiannya jatuh cinta dengan meluang banyak masa, tenaga dan fikiran untuk memajukan atau meningkatkan semangat sukarelawan.

Ada yang sudah berpuluh-puluh tahun mengabdikan diri melakukan tugas sukarelawan dengan seikhlas hati.

Semoga pengorbanan yang dilalui sebagai sukarelawan ini diberikan ganjaran yang tidak terhingga oleh-Nya.

No comments:

Post a Comment