Kepada yang ingin menikmati
suasana damai di tepi sungai sambil menjamu selera, tempat yang dicadangkan
ialah di Restoran Sri Tanjung Pulau Renjuna.
Di sini anda tidak akan
terganggu dengan bunyi enjin kereta, lori, bas dan seumpamanya. Sebaliknya,
sekali sekali anda hanya akan mendengan deruan enjin bot yang melalui kawasan
tersebut.
Restoran Sri Tanjung
terletak di tepi sungai laluan bot yang menjadi pengangkutan utama penduduk di
Kepulauan Delta Sungai Kelantan.
Pengunjung boleh ke sana
dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besar, Kota Bharu atau melalui Jeti Kok Majid,
Tumpat. Ada bot penambang yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang yang
fungsinya seperti teksi air.
No comments:
Post a Comment