Friday, 26 August 2022

CARA TINGKATKAN MOTIVASI AHLI

 
Motivasi pekerja atau ahli merupakan satu aset penting kepada organisasi. Sebab itu, usaha meningkatkan motivasi pekerja tidak boleh dipandang ringan. Organisasi perlu mewujudkan situasi atau rangsangan yang boleh menaikkan dan mengekalkan motivasi pekerja pada tahap tertinggi.

Organisasi yang gagal mengekalkan motivasi pekerja akan berdepan dengan masalah besar. Bahkan ada kemungkinan organisasi tidak mampu bersaing dengan organisasi lain sehingga terpaksa menghentikan operasi. 

Sebab itu terdapat organisasi besar sanggup menyediakan peruntukan untuk menggaji pakar motivasi yang bertanggungjawab memantau dan mengadakan program khusus berkaitan membina motivasi pekerja. 

Pekerja yang bermotivasi adalah aset kepada organisasi. Sebaliknya, pekerja yang tidak bermotivasi adalah bebenan kepada organisasi. Mereka menjadi virus yang akan turut mempengaruhi pekerja lain mengikut perangai buruk itu. 

Motivasi adalah pencetus atau pemangkin kepada kecemerlangan pekerja dan seterusnya memberi kesan baik kepada seluruh organisasi.

Banyak cara boleh dijadikan cara untuk menaikkan motivasi pekerja. Antaranya ialah:
- Seminar dan kursus. Cara ini dapat memberi pengetahuan baru tentang tugas dan kemahiran yang perlu pekerja miliki.
- Anugerah. Satu pendekatan menggalakan pekerja melakukan yang terbaik di kalangan mereka.
- Peluang kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat menjadi motivasi yang paling diharapkan di kalangan pekerja kerana mengangkat kedudukan, gaji dan penghormatan.
- Jaminan kerja. Pekerja sememangnya berharap mereka akan terus dapat bekerja. Jadi berikan mereka sesuatu maklumat atau rangsangan bahawa mereka akan terus dapat bekerja di situ.
- Hari keluarga. Memberi peluang untuk mereka berasa berada dalam satu kelompok yang masing-masing mempunyai peranan untuk syarikat terus berkembang.
- Perkongsian untung. Pekerja akan bersemangat bekerja jika mereka berpeluang untuk mendapat pulangan yang lebih besar jika syarikat mendapat keuntungan yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment