Di media sosial, tulis dan kongsilah
perkara-perkara yang baik-baik, supaya ianya tetap manis dibaca bila-bila masa.
Apa yang ditulis menggambarkan sikap dan minda kita. Kalau perkara baik yang ditulis, maka itulah gambaran hidup kita. Sebaliknya, jika perkara buruk yang kita tulis, biarpun tentang diri orang lain, hakikatnya itulah sebenarnya diri kita.
Hari ini kita lihat orang menulis banyak
perkara tidak baik. Menghina dan mentertawakan orang lain. Mendoakan yang tidak
baik. Menggunakan kata-kata yang tidak baik.
Budaya kena kecam atau mengecam di media
sosial diibaratkan sebagai 'toksik dalam talian' yang sarat dengan mesej
kebencian sehingga boleh menjatuhkan seseorang.
Mereka sudah tidak memikirkan perasaan
orang lain. Apa sahaja keadaan, objek atau peristiwa dijadikan bahan untuk
mengecam seseorang atau pihak lain.
Individu yang melakukan perbuatan itu seolah-olah
seperti orang lain tidak pandai untuk menulis memperkatakan hal yang buruk
tentang kita juga. Padahal orang lain sebenarnya sedang menjaga diri daripada
menyerang balik. Dan Tuhan sedang menutup aib kita.
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia.
Tidak ada manusia yang terlepas dari dosa melainkan Nabi Muhammad yang maksum.
No comments:
Post a Comment