Friday, 5 August 2022

KEROPOK KEPING MASAK KETUHAR GELOMBANG MIKRO

 
Keropok keping biasanya digoreng menggunkan minyak masak. Ada juga yang dibakar di atas bara api seperti membakar sate. Satu lagi cara ialah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Cara ‘goreng’ keropok keping menggunakan ketuhar gelombang mikro cukup mudah dan cepat. Letakkan keropok keping di dalam bekas atau pinggang tahan haba panas. Jangan terlampau banyak sehingga banyak lapis. Cukup dua atau tiga lapis sahaja.

Masukkan bekas mengandungi keropok keping itu ke dalam ketuhar gelombang mikro. Tetapkan masa pemanansan selama dua minit. Panaskan. Cukup masa boleh dikeluarkan dan sedia untuk dimakan apabila sejuk.

Keropok keping dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro tidak kembang seperti digoreng menggunakan minyak masak. Ia sedikit keras, tetapi mudah dikunyah.

Cara ini amat sesuai bagi mereka yang tidak suka keropok goreng berminyak. Selain itu, caranya mudah dan cepat.

No comments:

Post a Comment