Yayasan
Islam Kelantan (YIK) diamanahkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan
Islam dan pengajian bahasa Arab dalam kalangan penduduk negeri tersebut.
Sejarahnya
bermula apabila pada tahun 1973, satu cadangan telah dikemukakan kepada pihak
kerajaan negeri agar ditubuhkan satu Jabatan Khas untuk mengendalikan
sekolah-sekolah agama yang diberi nama Jabatan Khas.
Kemudian,
Jabatan ini diberi nama Jabatan Sekolah-Sekolah Agama (JASA) Kelantan pada 1
Julai 1974 dan diletakkan di bawah Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan.
Hasil
wujudnya YIK telah membawa kepada pengambilalihan sekolah-sekolah agama yang
selama ini ditadbir dan dibiayai sendiri oleh pentadbir sekolah berkenaan.
Tujuan pengambilalih itu bagi membantu perkembangan dan pentabiran lebih
lancar, terutama dari segi kewangan.
Bermula
1 Ogos 1976, sebanyak enam buah sekolah diambil alih oleh YIK, iaitu Madrasah
Muhammadi (Kota Bharu), Madrasah Falahiah (Pasir Pekan, Tumpat), Madrasah Amir
Indera Petra (Beris Kubor Besar, Bachok), Madrasah Yaakubiah (Nipah, Bachok),
Madrasah Arabiah (Pasir Mas) dan Madrasah Syamsul Maarif (Pulai Chondong,
Machang).
Sebelum
diambil alih oleh Jabatan Sekolah-Sekolah Agama (JASA) Kelantan pada tahun
1976, semua sekolah agama dalam negeri Kelantan terletak sama ada di bawah
pentadbiran penuh MAIK atau pertubuhan lain, termasuk perseorangan.
Tindakan
proaktif secara lebih sistematik perlu dilakukan kerana pada awal tahun 1970 an
merupakan zaman kemerosotan pelajar-pelajar di semua sekolah agama di negeri
Kelantan, terutama di sekolah-sekolah bantuan atau rakyat.
Minat
orang ramai untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah agama
mulai berkurangan. Sistem pengajian yang sedia ada tidak lagi dapat menghadapi
pergolakan zaman yang berubah dengan begitu cepat sehingga ada sekolah-sekolah
agama bantuan (rakyat) yang terpaksa ditutup kerana ketiadaan pelajar.
Minat orang ramai mulai tertumpu kepada sekolah menengah yang telah tumbuh di segenap pelusuk negeri yang pentadbiran dan kelengkapannya adalah lebih baik berbanding dengan sekolah-sekolah agama. Kadar kemerosotan sekolah-sekolah menengah mencemaskan terutama kedudukan negeri Kelantan sebagai pusat pengajian agama di rantau ini.
Penubuhan
YIK ternyata berjaya memugarkan sistem pendidikan yang turut menawarkan mata
pelajaran berkaitan ilmu Islam, selain mata pelajaran akademik lain. Justeru
peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai displin ilmu terbuka luas kepada
pelajar lepasan sekolah YIK dan peluang pasaran kerja juga tinggi.
Minat orang ramai mulai tertumpu kepada sekolah menengah yang telah tumbuh di segenap pelusuk negeri yang pentadbiran dan kelengkapannya adalah lebih baik berbanding dengan sekolah-sekolah agama. Kadar kemerosotan sekolah-sekolah menengah mencemaskan terutama kedudukan negeri Kelantan sebagai pusat pengajian agama di rantau ini.
Sekolah di bawah kelolaan YIK mendapat sambutan pelajar sehingga permohonan memasukinya melebihai apa yang mampu ditampung. Pelajarnya bukan sahaja dari Kelantan, bahkan seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment