1. Ar-Rahmaan: (
الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih
di dunia.
2. Ar-Rahim: (
الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan
penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: (
الملك ) Maha Menguasai, iaitu mengatur kerajaan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya
sendiri.
4. Al-Quddus: (
القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: (
السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada
seluruh makhluk-Nya.
6. Al-Mumin: (
المؤمن ) Maha Pengaman, iaitu siapa yang bersalah dan makhluk-Nya itu
benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar
dipenuhi janji-Nya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: (
المحيمن ) Maha Pelindung, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-Aziiz: (
العزيز ) Maha Berkuasa, iaitu kuasa-Nya mampu untuk berbuat sekehendak-Nya
9. Al-Jabbaar: (
الجبار ) Maha Perkasa, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala
perintah-Nya serta memperbaiki keadaan seluruh hamba-Nya.
10. Al-Mutakabbir: (
المتكبر ) Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaran-Nya,
menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahan-Nya.
11. Al-Khaaliq: (
الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang
menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari: (
البارئ ) Maha Pembuat, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal
mulanya.
13. Al-Mushawwir: (
المصور ) Maha Pembentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang
berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada
asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya
dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk
yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: (
الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maaf-Nya dan menutupi dosa-dosa dan
kesalahan.
15. Al-Qahhaar: (
القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaan-Nya serta
memaksa segala makhluk menurut kehendak-Nya.
16. Al-Wahhaab: (
الوهاب ) Maha Pemberi, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi
kurnia.
17. Ar-Razzaaq: (
الرزاق ) Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga
sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: (
الفتاح ) Maha Membukakan, iaitu membuka gedung penyimpanan rahmat-Nya untuk
seluruh hamba-Nya.
19. Al-Aliim: (
العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada
satu benda pun yang tertutup oleh penglihatan-Nya.
20. Al-Qaabidh: (
القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu
mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki oleh-Nya.
21. Al-Baasith: (
الباسط ) Maha Meluaskan, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang
diinginkan oleh-Nya.
22. AI-Khaafidh: (
الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang,
iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri
dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi: (
الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang
selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk
golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Muiz: (
المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan,
iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agama-Nya dengan memberinya
pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: (
المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuh-Nya dan musuh
ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii: (
السميع ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: (
البصير ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: (
الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang
menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga
tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukum-Nya itu.
29. Al-Adl: (
العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilan-Nya itu.
30. Al-Lathiif: (
اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus,
iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: (
الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: (
الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak
tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-Adzhiim: (
العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan
kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: (
الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunan-Nya kepada hamba-hamba-Nya.
35. Asy-Syakuur: (
الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak
sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: (
العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai
tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal
fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun
pandainya.
37. Al-Kabiir: (
الكبير ) Maha Besar, yang kebesaran-Nya tidak dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: (
الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga
segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal
perbuatan hamba-hamba-Nya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk
memberikan balasan-Nya.
39. Al-Muqiit: (
المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan, baik yang berupa
makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: (
الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu
memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hamba-Nya pada hari Kiamat.
41. Al-Jaliil: (
الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana
kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
42. Al-Kariim: (
الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa
diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: (
الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang
mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: (
المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang
berdoa pada-Nya.
45. Al-Waasi: (
الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatan-Nya merata kepada
segala yang maujud dan luas pula ilmu-Nya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: (
الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi
kesempurnaan ilmu-Nya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: (
الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala
kebaikan untuk seluruh hamba-Nya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam
segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid: (
المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan
dan keutamaan.
49. Al-Baithu: (
الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga
membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur
masing-masing nanti setelah tibanya hari Kiamat.
50. Asy-Syahiid: (
الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( الحق
) Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: (
الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan,
yakni memelihara semua urusan hamba-hamba-Nya dan apa-apa yang menjadi keperluan
mereka itu.
53. Al-Qawiy: (
القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan
yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: (
المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna
Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: (
الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan
makhluk-Nya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolongan-Nya
yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: (
الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan
sanjungan.
57. Al-Muhshii: (
المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup
dari pandangan-Nya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: (
المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang
melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Muiid: (
المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu
menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: (
المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu
yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: (
المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang
hidup.
62. Al-Hay: ( الحي
) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidup-Nya itu.
63. Al-Qayyuum: (
القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik Zat-Nya, Sifat-Nya,
Af’al-Nya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula
berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: (
الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang
diinginkan oleh-Nya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat
kaya-Nya yang secara mutlak.
65. Al-Maajid: (
الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam
bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: (
الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: (
الأحد ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: (
الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu
selalu menjadi tujuan dan harapan orang pada waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: (
القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: (
المقتدر ) Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: (
المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian
benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih
waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: (
المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha
Melambat-lambatkan, iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: (
الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang
maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر
) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala
sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: (
الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan
menampakkan kewujudan-Nya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaan-Nya
76. Al-Baathin: (
الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi Zat-Nya, sehingga tidak
seorang pun dapat mengenal Zat-Nya itu.
77. Al-Waalii: (
الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah,
iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milik-Nya.
78. Al-Mutaaalii: (
المتعال ) Maha Suci / Tinggi, iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan
kerendahan.
79. Al-Bar: (
البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak
membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang
dilimpahkan-Nya.
80. At-Tawwaab: (
التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang
yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: (
المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah
dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-Afuw: (
العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang
suka kembali untuk meminta maaf pada-Nya.
83. Ar-Rauuf: (
الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayang-Nya.
84. Maalikul Mulk: (
المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik
Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta,
langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai
dengan kehendak dan iradat-Nya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: (
ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki
Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan,
pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: (
المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada
orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan
keadilan-Nya.
87. Al-Jaami: (
الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai
hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia
pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy: (
الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain Zat-Nya sendiri, tetapi yang
selainNya itu amat mengharapkan pada-Nya.
89. Al-Mughnii: (
المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu
memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja
yang dikehendaki dari golongan hamba-hamba-Nya.
90. Al-Maani: (
المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela
hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: (
الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi
bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksa-Nya kepada musuh-musuh-Nya
92. An-Naafi: (
النافع ) Maha Pemberi Manfaat, iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakan-Nya itu
kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: (
النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan Zat-Nya
sendiri dan menampakkan untuk yang selain-Nya dengan menunjukkan tanda-tanda
kekuasaan-Nya.
94. Al-Haadi: (
الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk,
iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya
dan terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii: (
البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak
ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaan-Nya itu.
96. Al-Baaqi: (
الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidup-Nya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: (
الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal
setelah musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: (
الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu
yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada
seluruh hamba-Nya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang
digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawan-Nya.
99. Ash-Shabuur: (
الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak
juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
No comments:
Post a Comment