Bagi mereka yang ingin kembara berjalan
kaki (hiking) santai bersama keluarga, Bukit Besar di Kuala Terengganu patut
menjadi pilihan. Bukit Besar terletak di bandar KualaTerengganu yang boleh dianggap
bukit dalam bandar.
Bukit Besar terkenal kerana di sinilah
terletaknya tulisan ikonik di Terengganu iaitu ‘Allah Peliharakanlah
Terengganu.’ Bukit Besar merupakan satu destinasi untuk berekreasi dengan cara
berjalan mendaki ke atas bukit ini yang dibuka pada orang ramai, untuk
menikmati keindahan bandar Kuala Terengganu dari puncaknya.
Dari puncak Bukit Besar, pengunjung dapat
melihat Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan kawasan sekitar bandar, sungai
dan laut.
Pengunjung boleh melalui jalan bertar hitam
dengan jarak dari bawah ke puncak hanyalah 1 km perjalanan, kepenatan yang
dirasai hanyalah sebentar. Apabila tiba ke puncak, kelegaan yang dirasai
ditambah dengan tiupan angin sejuk menghilangkan segala kepenatan dan
mengeringkan peluh yang membasahi diri. Nyaman rasanya bila berada di puncak.
Bagi pengunjung yang datang bersama anak
kecil untuk aktiviti hiking, laluan ini amatlah disarankan. Selain lebih
selamat dan kurang berbahaya, trek melalui jalan bertar Bukit Besar ini juga
tidak terlalu curam.
Perjalanan hanya mengambil masa lebih
kurang setengah jam untuk naik ke puncak dan setengah jam perjalanan turun.
Tapi jangan lupa untuk mengenakan kasut yang bersesuaian.
Selain melalui jalan bertar, ada juga trek
tanah bagi mereka yang inginkan sedikit cabaran.
Ketinggian Bukit Besar 156 meter dari paras
laut.
No comments:
Post a Comment