Ucapan seorang penceramah parti politik
mendakwa malaikat boleh datang membantu mengundi parti mereka jika diizinkan
Allah telah beberapa tahun berlalu. Lebih tepat ia berlaku pada April 2018
katika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menerusi satu klip video yang tular di
media sosial ketika itu, penceramah itu berkata, malaikat boleh berupa menjadi
pengundi dan boleh membantu parti terbabit.
Kata penceramah itu, malaikat boleh beratur
dan berdiri serta berupa menjadi manusia untuk membantu mengundi partinya.
Menurut penceramah itu lagi, pada 1990 partinya
menang 39-0 seperti ada persefahaman antara malaikat, jika diizinkan Allah
perkara itu boleh berlaku.
"Jadi dalam pilihan raya boleh tak
Allah hantar malaikat bawa IC (kad pengenalan) beratur pergi mengundi? Boleh
tak? Senang sangat adik-kakok (tuan-tuan dan puan-puan),"
katanya.
Jelasnya lagi, susulan ramai pengundi luar yang
dikhabarkan enggan pulang mengundi di Kelantan tidak mustahil jika Allah hantar
malaikat menyerupa golongan tersebut untuk mengundi.
"Allah boleh hantar malaikat
menyerupai sesiapa yang tak balik mengundi. Pegang IC, berdiri dan beratur di
depan kita.
"Kita tegur nampak (muka) kawan
kita si Man, selepas mengundi sebelah petang kita terjumpa ayah Man tadi. Kita
tanya ayahnya, Man dah balik KL ke? Ayah dia jawab Man tak balik pun.
"Jadi Man yang kita jumpa masa
mengundi itu siapa? Kita pula berpeluh. Siapa tadi? Itulah malaikat kalau Allah
nak bawa turun malaikatnya dalam keadaan begitu.
"Boleh tak adik-akak Allah nak buat
begitu? Boleh sangat-sangat," katanya.
Ya. Tidak ada satupun yang mustahil bagi
Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya urusan-Nya
apabila Dia mengkhendaki sesuatu. Dia hanya berkata, "Jadilah! Maka
jadilah sesuatu itu." Maha Suci Allah yang ditangan-Nya kekuasaan atas
segala sesuatu dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan. (Surah Yasin, ayat 82-83).
Berdasarkan kepada kefahaman ucapan
tersebut, pengundi parti berkenaan, terutama yang dikategorikan sebagai
pengundi luar tidak perlu bersusah payah untuk pulang mengundi di tempat
masing-masing.
Apa yang hendak dibimbangkan. Berdasarkan
kepada ucapan penceramah itu, “malaikat boleh tolong undi.”
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment