Islam
menetapkan bahawa rakyat wajib patuh kepada pimpinan dalam hal bertujuan
kebaikan, selama mana tiada perintah melakukan kemaksiatan dan tiada kekafiran
yang nyata.
Kefasikan
seorang pemimpin tidak menjadikan kita menanggalkan ketaatan kita terhadapnya
dalam hal yang makruf. Melainkan zahir baginya kekufuran yang jelas.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wajib
ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada
apa-apa yang dia sukai atau dia benci, melainkan apabila penguasa tersebut
menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila dia menyuruh untuk melakukan
maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat
tersebut).”
(Hadis riwayat Muslim no. 3423, Tirmizi no. 1629)
Sekiranya
ada pemimpin yang dalam melaksanakan tugas, tidak perlu memaksa dia berundur. Beri
ruang masa untuk dia melakukan apa yang sepatutnya. Dalam sistem pemerintahan
demokrasi, terdapat waktu di mana rakyat diberi hak untuk memilih
pemimpin.
Proses
pilihan raya adalah kaedah untuk memilih pemimpin. Jika dirasakan seseorang
pemimpin sedia ada tidak lagi sesuai untuk terus memegang sesuatu jawatan, maka
pemilih boleh menolaknya di kertas undi.
Pada
masa yang sama, pemimpin yang dipercayai dan diyakini dapat melaksanakan tugas
kepimpinan dengan baik, wajar dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut.
Sebarang
isu skandal yang wujud perlu diselidik dengan betul-betul untuk memastikan
kebenarannya. Jangan mudah menyalahkan pemimpin semata-mata dalam sesuatu
isu.
Proses
kepimpinan negara amat kompleks dan melibatkan banyak peringkat. Jadi,
tidak adil segala permasalahan dibebankan kepada seorang pemimpin saja.
Amalan
menentang pemimpin secara kekerasan atau menyalahi proses biasa diamalkan dalam
sistem pemerintahan negara boleh dianggap sebagai 'khawarij' sepertimana wujud
pada zaman permulaan Islam dulu.
Golongan
ini banyak menimbulkan masalah kepada pemerintahan dan perpaduan umat Islam.
Banyak
kitab para ulama firaq (kumpulan-kumpulan) yang membahaskan tentang
"khawarij". Ia mencatatkan tentang celaan Nabi, para sahabat dan
para ulama ahli sunah terhadap khawarij. Perlu dijelaskan sepertimana
dibahasakan para ulama, khawarij tidak hanya merujuk kepada sikap mengangkat
senjata.
Kata
ulama besar Mazhab al-Syafie juga muhaddis tersohor al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
(w. 852H): "Al-Khawarij "al-qa'diyyah" (yang duduk); mereka
tidak menyeru manusia memerangi pemerintah (dengan senjata), namun mereka
mengingkari pemerintah yang zalim dengan menyeru manusia kepada pendapat mereka
yang memperelokkan serta memperindahkan sikap khuruj (keluar dari mentaati
pemerintah)." (lihat: Tahzib al-Tahzib, oleh Ibnu Hajar, 8/114)
Difahami
dari kata-kata Ibnu Hajar bahawa khawarij al-qa'diyyah adalah golongan yang
melakukan provokasi juga menyebarkan persepsi supaya rakyat tidak mentaati
pemerintah.
Kerana
itu al-Imam Abu Daud (w.275H) menukilkan perkataan dari Abdullah bin Muhammad
al-Sha'if bahawa: "Khawarij al-Qa'diyyah adalah seburuk-buruk
khawarij." (lihat: Masa'il al-Imam Ahmad, oleh Abu Daud, ms 271)
Dalam
Islam membenarkan pemimpin ditegur. Namun ada cara dan adabnya perlu
dilakukan. Menegur kesalahan pemerintah adalah wajib sama ada dalam sistem
demokrasi seperti hari ini atau yang lainnya.
No comments:
Post a Comment