Thursday 9 November 2023

KEDAI RUNCIT KECIL TEPI JALAN

 
Pemandangan kedai kecil seperti ini ada di kebanykan bandar besar pada era 60-an hingga 90-an.
 
Kedai ini kecil sahaja. Dengan ukuran dua meter panjang kali satu meter lebar. Pelangan tidak boleh masuk ke kedai itu. Hanya berada di kawasan luar sahaja. Barang yang ingin dibeli diambil sendiri atau oleh penjual.  
 
Kedai seumpama ini biasanya ia terletak di tepi jalan-jalan utama di dalam bandar atau di kaki-kaki lima. Ia juga terdapat di stesen bas dan stesen teksi.
 
Barang yang dijual biasanya akhbar, majalan, gula-gula, jajan, kuih dan keperluan lain yang kecil ukurannya yang boleh diletakkan di kedai yang kecil itu.
 
Ia menjadi tumpuan mereka yang lalu di jalan tersebut atau berada berdekatan dengannya.

No comments:

Post a Comment