Tapak Perkemahan Azilah (Azilah Campsite) merupakan tapak perkemahan pertama di Kelantan bertaraf lima bintang dan kawasan ekopelancongan sulung dalam kawasan Felda di wilayah Gua Musang.
Pemiliknya, Wan Nor Azilah Wan Dollah menjelaskan pada permulaan membangunkan tapak perkhemahan tersebut beliau terpaksa menghadapi banyak cabaran dan perbelanjaan agak besar.
Namun, dengan berkat usaha dan tidak muda mengaku kalah, beliau bersyukur dengan sokongan keluarga, Felda, Kelab Anak Felda (KAF) dan pemimpin tempatan, tapak perkhemahan itu berjaya dibuka kepada pengunjung pada Jaun 2024.
Tapak perkhemahan Azilah terletak di Felda
Perasu, Gua Musang, Kelantan, jauh dari hiruk pikuk kota yang bertemakan alam,
flora dan fauna.
Lengkap dengan enam unit tandas, tempat
makan bertemakan taman buluh dan ruang memasak yang dilengkapi peralatan
memasak.
Tapak perkhemahan pula ada tiga variasi
berbeza, ada yang menghadap bukit. Ada tapak berhadapan gua dan kebun serai
wangi. Lagi ada tempat berkhemah dalam ladang kelapa sawit yang ada anak
sungai.
Di Tapak Perkemahan Azilah juga terdapat beberapa
unit kincir angin. Para peminat berkhemah boleh memilih mengikut minat
masing-masing.
Tapak Perkemahan Azilah juga mempunyai lapan unit rumah
kecil yang mengadap pemandangan yang sangat indah. Kemudahan lain disediakan ialah dewan
terbuka dan kolam renang.
Terdapat juga dewan makan yang bertemakan
konsep taman buluh.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pengurusan
tapak perkhemahan seperti aktiviti menaiki ATV .ronda-ronda ladang sawit, mandi
sungai, melawat ladang getah, BBQ dan melawat kolam ikan.
No comments:
Post a Comment