Gambaran kebanyakan orang mengatakan
negara-negara di benua Afrika adalah mudur. Dikaitkan dengan kemiskinan,
kelaparan, peperangan saudara, tahap pendidikan rendah, binatang liar dan
segara skala negatif lain.
Namun, sebenarnya bukan begitu. Memang ada
pun negara di Afrika yang dikategori sebagai “kaya” dan menikmati kemajuan yang
seadanya.
Segai contohnya negara Angola. Gambar di
atas adalah Luanda, ibu kota Angola. Angola adalah pengeluar petroleum ketiga tertinggi
selepas Libya dan Nigeria. Kira-kira 30 peratus keluaran negara kasar negara tersebut
adalah sumbangan hasil Petroleum.
Justeru, kira-kira 30 peratus jurutera di
Angola terlibat sektor minyak dan gas, dengan purata gaji setahun USD110 ribu.
Angola terletak di bahagian
selatan-tengah Afrika yang bersempadan dengan Namibia di selatan,
Republik Demokratik Congo di utara, dan Zambia di timur.
Angola adalah bekas tanah jajahan Portugal mempunyai
banyak sumber semula jadi, terutamanya minyak dan intan. Selepas
perjuangan anti-penjajah yang berlarutan, Angola mencapai kemerdekaan pada
tahun 1975. Bagaimanapun, selepas kemerdekaan, Angola terlibat pula dalam
kancah perang saudara sehingga tahun 2002.
Selepas tamatnya perang saudara, Angola
muncul sebagai sebuah republik perlembagaan presiden kesatuan yang agak stabil.
Angola mempunyai rizab mineral dan petroleum yang luas, dan ekonominya adalah
antara yang paling pesat berkembang di dunia, terutamanya sejak berakhirnya
perang saudara tersebut.
No comments:
Post a Comment