Genting Bidai pernah digunakan sebagai
laluan menghubungkan Pahang dengan Selangor sebelum adanya laluan lama
Gombak-Betong dan Lebuh Raya Karak. Laluan Genting Bidai ini sebenarnya sudah wujud sejak abad ke-16 Masihi. Laluan ini sering digunakan untuk penduduk Selangor dan Pahang berulang-alik antara kedua-dua negeri.
Laluan kembara berjalan kaki (hiking) ini bermula di sekitar
Empangan Klang Gate sehingga menuju ke Genting Bidai yang terletak berdekatan
sempadan Selangor-Pahang. Dari Genting Bidai ini, hiking boleh terus memasuki laluan
ke Janda Baik.
Selain itu laluan ni pernah dijadikan tempat penyimpanan
stok makanan oleh Dato Bahaman. Walau bagaimanapun menjelang tahun 1895, laluan
Genting Bidai telah ditutup oleh British. Sebagai alternatif, British
menyediakan jalan baru di Bentong untuk menuju ke Selangor.
Masalahnya laluan di Bentong agak jauh sedikit untuk penduduk Pahang memasuki Selangor terutamanya ke Ulu Klang. Jadi British membuka semula laluan Genting Bidai untuk memudahkan pergerakan penduduk. Dalam masa yang singkat sahaja, Genting Bidai terus menjadi laluan utama peniaga dari Selangor dan Pahang.
Di tambah lagi laluan Genting Bidai semakin lebar hingga
boleh dilalui kereta kuda dan kereta lembu.
Kegunaan laluan Genting Bidai kemudiannya semakin sunyi setelah
pembukaan Jalan Lama Gombak-Bentong. Laluan Genting Bidai secara perlahan-lahan
dilupakan sehingga ditumbuhi semak dan hilang daripada ingat penduduk Selangor
dan Pahang.
Sumber - Media sosial
Masalahnya laluan di Bentong agak jauh sedikit untuk penduduk Pahang memasuki Selangor terutamanya ke Ulu Klang. Jadi British membuka semula laluan Genting Bidai untuk memudahkan pergerakan penduduk. Dalam masa yang singkat sahaja, Genting Bidai terus menjadi laluan utama peniaga dari Selangor dan Pahang.
Gambar - Sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment