Kelantan dan Terengganu bersempadan. Untuk mendekatkan jarak yang dilalui antara penduduk Kelantan dengan Terengganu, ada cadangan membina jalan antara Chcuhoh Puteri di Kuala Krai, Kelantan dengan Felda Keruak di Besut, Terengganu.
Inisiatif mengangkat cadangan projek oleh JKR Terengganu kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menunjukkan adanya usaha berterusan bagi memastikan keperluan jaringan jalan raya di kawasan luar bandar tidak diabaikan.
Projek tersebut dilihat penting bagi meningkatkan akses penduduk Besut ke kawasan bersempadan di Kelantan serta merangsang pembangunan ekonomi setempat sekiranya diluluskan dan dilaksanakan kelak.
Sekarang, terdapat tiga laluan utama menghubungkan Kelantan dengan Terengganu iaitu Jalan Pasir Puteh-Jerteh dan
Jalan Tok Bali-Kuala Besut. Satu lagi jalan menghubungkan Kelantan dengan Terengganu ialah Jalan Felda Aring-Kenyir.
Tiga laluan itu tidak termasuk banyak lagi laluan kecil antara kampung di
sempadan negeri.
Sebenarnya banyak lagi bahagian sempadan Kelantan dengan Terenggnu, terutama kawasan luar bandar di kedua-dua negeri itu yang tiada sambungan jalan.
No comments:
Post a Comment