Bahagian Belia, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat
Perdana Menteri menerusi Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Pasir Mas, Kelantan
telah melaksanakan Program Kepimpinan Generasi Madani (PKGM) Kohort 1.
Program ini telah disertai seramai 37 orang peserta yang
terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 dari SM Sains
Faris Petra, Maahad Ar-Rahmah Kenali dan Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.
Program selama 4 hari 3 malam (16-19 Jun 2025) yang turut
diadakan serentak di PLK AKM seluruh Malaysia ini dilaksanakan menerusi
pendekatan inklusif dalam melahirkan barisan pemimpin muda yang berwawasan,
berdaya saing dan berpegang teguh kepada nilai-nilai MADANI dan berteraskan
nilai-nilai kenegaraan.
Pengisian program yang bersifat holistik dengan pengisian
yang menggabungkan aktiviti indoor dan outdoor, menumpukan kepada pembangunan
jati diri, pemantapan semangat patriotisme dan pengukuhan elemen kepimpinan
bagi melahirkan pewaris masa hadapan yang bertanggungjawab, beretika dan mampu menyumbang
kepada pembinaan negara bangsa.
Semoga menerusi pendedahan ilmu yang berpaksikan kepada
elemen kepimpinan dan kenegaraan ini akan berupaya menjadi nilai tambah dalam
penjanaan kesedaran dan peningkatan jati diri kepada semua peserta agar mampu
menyumbang kepada agenda pembinaan negara bangsa.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Penolong
Pengarah AKM Kelantan, Mohd Dahri Zakaria, .
No comments:
Post a Comment